Wednesday, September 22, 2010

Masjid Tanjung Sembeling & Rumah Ampang Batu




Masjid Tanjung Sembeling merupakan masjid lama yang didirikan oleh penduduk kampung Tanah Datar, Seri Menanti, kira-kira 150 tahun dahulu. Masjid ini dinamakan masjid Tanjung Sembeling kerana mengambil nama tempat ia didirikan semula setelah berpindah dari Tanah Datar ke kampung Tanjung Sembeling, Padang Biawas, akibat tragedi kebakaran. Akibat tragedi ini, maka wujudlah nama KAMPUNG MASJID TERBAKAR. Menurut cerita orang-orang tua kampung, masjid ini tidak dimamah api. Namun menurut firasat alim ulama ketika itu, tapak masjid ini tidak serasi, maka dipindahkan lah ia ke tapak sekarang. Senibina masjid ini amat unik sekali kerana mempunyai hanya satu sahaja tiang seri yang menampung kubahnya. Tiang dan lantai masjid ini diperbuat daripada kayu ponak (cengal batu). Ukiran pada tiang seri dan alang pendek menambahkan lagi keunikan masjid ini.Masjid ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 1976 kerana masjid kariah Kampung Merual telah siap dibina. Masjid ini disumbangkan oleh ahli jawatankuasa kariah Masjid Merual, dengan mendapat persetujuan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah untuk dipindahkan ketapak baru iaitu di SERI SIANTAN dan dipulihara semula. Ia akan didirikan semula dan akan dijadikan tempat beribadat di dalam SERI SIANTAN dan kawasan sekitarnya.


Rumah lama Negeri Sembilan ini dibeli daripada Tuan Haji Sharif, Kampung Tengah pada bulan Mac lepas. Ia dinamakan Rumah Ampang Batu kerana kedudukan rumah ini yang berdekatan dengan empangan air, Kampung Tengah. Rumah ini diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi iaitu ponak (cengal batu). Rumah ini mempunyai sejarahnya yang menarik. Rumah ini nanti akan menjadi kediaman rasmi keluarga SERI SIANTAN. Projek restorasi rumah Ampang Batu dan Masjid Tanjung Sembeling di SERI SIANTAN, dijangka bermula awal Disember 2010, dan akan mengambil masa 3-4 bulan. SERI SIANTAN akan ditutup kepada tetamu dan akan kembali menerima tetamu selepas projek restorasi dan pemuliharaan kedua-dua bangunan ini siap sepenuhnya penghujung bulan April, 2011. INSYALLAH.

Sunday, September 12, 2010

Kami di SERI SIANTAN


Puteri Seri Siantan
 
Managing Director

Finance


Directors



Sunday, September 5, 2010

Galeri Warisan Melayu SERI SIANTAN




Galeri Warisan Melayu SERI SIANTAN memaparkan koleksi lukisan, peralatan pertukangan kayu lama, pinggan mangkuk lama, peralatan pertanian lama serta barangan pusaka peninggalan nenek moyang dahulu kala. Usaha sedang giat dijalankan oleh pihak pengurusan untuk mengumpul artifak-artifak Melayu lama yang beli daripada masyarakat kampung dan juga sumbangan daripada individu. Usaha mengumpulkan artifak-artifak Melayu lama ini memerlukan kesungguhan terutama sekali dalam menyakin masyarakat kampung tentang perlunya warisan ini dipelihara agar dapat menjadi bahan tatapan generasi akan datang dan juga bagi tujuan penyelidikan.




Thursday, August 19, 2010

Sudut lensa SERI SIANTAN












Tupai Kerawak Hitam/Black Giant Squirrel
(Ratufa bicolor)



Kongkang/Slow Loris
(Nycticebus coucang)
 

SERI SIANTAN, selayang pandang




Projek Seri Siantan adalah kolaborasi dua tukang kayu, yang berlainan agama, bangsa dan budaya, tetapi menjurus kearah satu fahaman untuk melahirkan hasil pertukangan terbaik, menzahirkan idea dan kreativiti terbaik mereka. Maka, lahirlah SERI SIANTAN.








Saturday, June 26, 2010

Aktiviti Siswazah Master Komunikasi Korporat, UPM di Seri Siantan.






















Ketenangan desa digamit dengan suasana riang, riuh rendah, kedatangan siswazah Master Komunikasi Korporat, UPM, ke SERI SIANTAN. Mereka menjengah suasana desa permai, yang menjanjikan seribu kedamaian dan ketenangan, melarikan diri daripada hiruk pikuk kota metropolitan. Aktiviti menangkap udang galah, mandi jeram, BBQ udang galah segar hasil tangkapan mereka, mengisi ruang masa mereka di SERI SIANTAN. Masa berlalu begitu pantas tanpa disedari. Terhibur hati mereka seketika, terlupa akan tugas menanti. Pulangnya mereka, meninggalkan SERI SIANTAN, meninggalkan seribu kenangan indah. Pastinya terasa. Semoga kenangan indah yang terlakar di SERI SIANTAN akan sentiasa bermain di hati mereka. SERI SIANTAN akan sentiasa menanti kehadiran mereka dengan tangan terbuka.


Rumah Sikai









Rumah Sikai merupakan projek restorasi rumah tradisional Negeri Sembilan ke 3, SERI SIANTAN. Rumah lama ini juga seperti rumah-rumah lama lain, menanti masa untuk menyembah bumi. Rumah ini dibeli daripada Puan Sharipah bt Kolan, Kampung Sikai. Rumah ini diwarisi daripada ibu saudaranya, Timah bt Lidon. Apa yang menarik mengenai rumah ini, tiangnya berdiri kukuh, walaupun meniti zaman. Untuk merealisasikan impian menjadi rumah tradisional seperti seadanya sekarang, sebuah rumah lama tradisional di Kampung Bukit telah dibeli. Gandingan mantap dua buah rumah ini, maka terhasillah Rumah Sikai. Rumah ini dibina dengan penuh cetusan idea dan kreativiti tukang dari Jawa, Wak Ashuri, dibantu anaknya Afif. Tekun, berhati-hati, penuh kesabaran serta peka dengan nilai estetika rumah tradisional Melayu, membuahkan hasil yang amat memuaskan hati, sesiapa saja yang melihatnya. Projek restorasi siap sepenuhnya pada 13 Februari 2010. Mempunyai 2 bilik berasingan yang boleh menempatkan 5-10 orang pada satu masa.

Rumah Baruh



Pandangan sisi rumah baruh, sebelum dan selepas projek restorasi nya. Kerja-kerja restorasi ini melibatkan kerja-kerja penggantian kayu, bumbung, simen dan pendawaian elektrik. Kerja-kerja restorasi ini dimulakan pada bulan Mac, 2009. Projek restorasi rumah ini siap sepenuhnya bulan Februari, 2010. Kontraktor yang terlibat adalah tukang setia ku, Ah Leng dengan pengikut-pengikutnya. Kerja restorasi ini amat rumit sekali dan penuh dengan cabaran kerana ada pekerja-pekerja Ah Leng yang cedera sewaktu menjalankan tugas mereka. Namun mereka tidak mengalah dan meneruskan kerja mereka sehinggalah selesai projek ini. Rumah Baruh boleh menampung sekitar 15-20 orang, pada satu masa.

Rumah Darat




Pandangan sisi Rumah Darat, sebelum dan selepas projek restorasi nya. Kerja-kerja restorasi ini melibatkan kerja-kerja penggantian kayu, bumbung, simen dan pendawaian elektrik. Kerja-kerja restorasi ini dimulakan pada bulan Mac, 2009. Kontraktor yang terlibat adalah tukang setia ku, Ah Leng dengan pengikut-pengikutnya. Kerja restorasi ini amat rumit sekali dan penuh dengan cabaran kerana ada pekerja-pekerja Ah Leng yang cedera sewaktu menjalankan tugas mereka. Namun mereka tidak mengalah dan meneruskan kerja mereka sehinggalah selesai projek ini. Rumah Daratboleh menampung sekitar 10-15 orang, pada satu masa.



Lanskap Seri Siantan





Subuh yang berkabus di Rumah Sikai

Rumah Terbuka Aidil Fitri Seri Siantan 1430 H

Wajah-wajah riang ria, di Aidil Fitri. Semua sanak saudara, jauh dan dekat datang berkunjung sempena rumah terbuka Aidil Fitri SERI SIANTAN.