Wednesday, December 21, 2011

Pelajar-Pelajar IPTA dan IPTS berkampung di Seri Siantan

Pelajar-pelajar Senibina Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kota Bharu bergambar kenangan setelah bermukim selama 5 hari 4 malam di Seri Siantan. Mereka menjalankan kajian tentang senibina rumah tradisional Negeri Sembilan


Bergambar kenangan dengan pelajar-pelajar UPM yang mengambil kursus fotografi Pak Ngah (Ishak Ab.Hamid) di Seri Siantan, sebelum memulakan pendakian ke Bukit Datuk. Turut serta bergambar ialah sahabat-sahabat Seri Siantan (duduk) yang menjadi penunjuk arah kepada pelajar-pelajar yang terlibat.


Siswa dan siswi Fakulti Senireka & Senibina UiTM, telah berkampung di Seri Siantan selama 5 hari 4 malam. Mereka melakukan kajian di sekitar kawasan Seri Menanti. Bergambar kenangan dengan siswi UiTM sebelum memulakan pendakian ke Bukit Datuk, bagi melihat tinggalan sejarah.

Saturday, September 24, 2011

Berehat di Bukit Datuk

Bersama dengan rakan-rakan pendakian di Bukit Datuk
Pagi ini jam 8.30 pagi, aku bersama-sama dengan team pendakian memulakan perjalanan mendaki Bukit Datuk. Pagi ini, David Abdullah dari Sydney, Australia pulang bercuti ke kampung. Pendakian seronok hari ini kerana David seorang yang peramah dan dia merupakan sebahagian penduduk kampung ini kerana telah berkahwin selama 16 tahun dengan penduduk kampung ini.

Dalam perjalanan, menemukan kesan tapak kaki harimau belang.

Tapak kaki harimau belang yang masih baru


Friday, September 2, 2011

Seri Siantan Kini

Pemandangan indah Seri Siantan di pagi hari.

Menuju Cafe Seri Siantan

Buah Buton penyeri tiang tangga

Ketenangan di Masjid Tanjung Sembeling


Tuesday, August 9, 2011

Aktiviti Seri Siantan

Pelajar-pelajar bermukim di Seri Siantan selama 3 malam bagi menjayakan aktiviti Klinik Pertanian@Seri Menanti
Pasangan suami isteri , Puan Jamilah (wartawan TV3) dan Encik Ruslan (jurukamera) yang membuat penggambaran di Gunung Pasir untuk segmen Majalah 3

Rumah Mertang dan Rumah Ampang Batu



Alhamdulillah…Sejuta kesyukuran dipanjatkan pada yang Maha Esa dengan keberkatan Ramadhan, disambut dengan harapan yang tinggi oleh mukmin yang suci. Di bulan yang suci ini jugalah, rumah impian ku hampir menjadi kenyataan.


Setelah hampir sembilan bulan menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya rumah impian hampir menjadi kenyataan. 


Kini, kerja-kerja kemasan rumah sedang dijalankan. Pembinaan semula kedua-dua rumah ini amat rumit dan memerlukan kepakaran, ketelitian dan kesabaran.


Terima kasih buat rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan bagi meneruskan projek ini, yang ternyata banyak menuntut kesabaran dan kekuatan iman.

Thursday, May 5, 2011

Mencari Ketenangan


Pada 30 April yang lepas, aku bersama-sama dengan rakan-rakan pendaki dari Kampung Merual dan Kampung Simpai, mendaki puncak Bukit Datuk, hingga sampai ke kawasan hutan simpan. Suasananya amat tenang, damai dan menghiris sanubari. Indah ciptaan Tuhan. Kami leka seketika, melihat keindahan alam ini.






Saturday, March 26, 2011

Aktiviti Seri Siantan


Aktivis sejarah Seri menanti, Abg Shukor sedang menceritakan
Lesung Jumbang versi beliau.



Majlis Pengkisahan yang dipengerusikan oleh
Dr Haji Muhammad Pauzi bin Abd Latif, dari UPM

Pada 24 Mac, 2011 telah diadakan Majlis Pengkisahan Lesung Jumbang di Seri Siantan, dengan kerjasama pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan, yang diwakili sendiri oleh pengarahnya, Drs Shamsuddin Ahmad. Inilah majlis pertama seumpamanya yang diadakan di Luak Gunung Pasir. Majlis ini berlangsung dengan jayanya dan telah menjemput masyarakat sekitar serta aktivis sejarah, bagi menceritakan versi mereka tentang Lesung Jumbang. Majlis ini berjaya merungkai banyak teka-teki yang belum terjawab selama ini. Ia bakal menjadi satu penemuan terhebat di Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Penggambaran dokumentari oleh Cuplex Communication

Kami di Seri Seri Siantan berbesar hati menerima Encik Suhaimi dan krew penggambarannya dari Cuplex Communication tinggal di sini dan membuat penggambaran tapak bersejarah yang kami temui dan juga membuat penggambaran Pengkisahan Lesung Batu Kampung Jumbang pada 24 Mac, 2011.