Friday, October 5, 2012
Monday, September 17, 2012
Ukiran Melayu Negeri Sembilan Yang Pupus
![]() |
| Teknik ukiran kayu tebuk timbul dengan elemen keladi biak pada bahagian atas pintu rumah induk |
Seni ukiran yang terdapat pada rumah tradisional Melayu Negeri Sembilan amat menarik untuk diperhatikan. Motif dan elemen ukiran kayu mencerminkan kebijaksanaan orang Melayu kita dalam menghasilkan ukiran kayu yang berkualiti dan bermutu tinggi. Konservasi rumah Melayu memerlukan kos yang tinggi dan memerlukan komitmen. Kerjasama agensi kerajaan amat diharapkan agar saki baki ukiran kayu yang ada perlu diselamatkan. Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Timur, warisan seni ukir Melayu diperturunkan kepada generasi baru dan ada kesinambungan nya, tetapi di Negeri Sembilan, warisan seni ukir Melayu telah pupus dan ditelan zaman.
Wednesday, August 22, 2012
Aidil Fitri 2012 bersama Ahli Keluarga
Tahun ini merupakan kali pertama dapat bersama bersama seluruh ahli keluarga ku di Seri Siantan. Hari raya tahun ini juga kami anak beranak menerima kunjungan sanak saudara jauh dan dekat, sahabat-sahabat dan juga pelawat yang berkunjung melihat Seri Siantan dari dekat. Kami menerima mereka dengan hati yang senang. Hari raya pertama hingga ke tiga, kami menerima tetamu. Meriah sungguh tahun ini, Terima kasih kepada yang berkunjung ke Seri Siantan.
Seluruh ahli keluarga ku
Cuaca sungguh sejuk pagi ini, 21 darjah celcius
Wednesday, February 8, 2012
Magika Tawarikh Seri Menanti
Bergambar kenangan dengan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus DYMM Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang sudi mencemar duli melawat pameran Magika Tawarikh Seri Menanti
Bergambar kenangan dengan Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin Ibni Tunku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti, yang sudi mencemar duli melawat pameran Magika Tawarikh Seri Menanti.
TUNKU BESAR SERI MENANTI DI SERI SIANTAN
| Tunku Besar Seri Menanti dan Adindanya, Tunku Zain kagum dengan senibina Masjid Tg.Sembilang |
| Berehat di Cafe Seri Siantan |
| Memberi taklimat mengenai projek sawah padi dan kolam ikan di Seri Siantan Tetamu menjamu selera di Seri Siantan |
Khemah jemputan di Seri SiantanTerima kasih kepada semua agensi kerajaan dan orang perseorangan yang terlibat dalam Ekspedisi Tunku Besar ke Bukit Tunggal - Seri Siantan |
Wednesday, December 21, 2011
Pelajar-Pelajar IPTA dan IPTS berkampung di Seri Siantan
Bergambar kenangan dengan pelajar-pelajar UPM yang mengambil kursus fotografi Pak Ngah (Ishak Ab.Hamid) di Seri Siantan, sebelum memulakan pendakian ke Bukit Datuk. Turut serta bergambar ialah sahabat-sahabat Seri Siantan (duduk) yang menjadi penunjuk arah kepada pelajar-pelajar yang terlibat.
Siswa dan siswi Fakulti Senireka & Senibina UiTM, telah berkampung di Seri Siantan selama 5 hari 4 malam. Mereka melakukan kajian di sekitar kawasan Seri Menanti. Bergambar kenangan dengan siswi UiTM sebelum memulakan pendakian ke Bukit Datuk, bagi melihat tinggalan sejarah.
Saturday, September 24, 2011
Berehat di Bukit Datuk
![]() |
| Bersama dengan rakan-rakan pendakian di Bukit Datuk |
Pagi ini jam 8.30 pagi, aku bersama-sama dengan team pendakian memulakan perjalanan mendaki Bukit Datuk. Pagi ini, David Abdullah dari Sydney, Australia pulang bercuti ke kampung. Pendakian seronok hari ini kerana David seorang yang peramah dan dia merupakan sebahagian penduduk kampung ini kerana telah berkahwin selama 16 tahun dengan penduduk kampung ini.
Dalam perjalanan, menemukan kesan tapak kaki harimau belang.
![]() |
| Tapak kaki harimau belang yang masih baru |
Friday, September 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)








