Saturday, March 26, 2011

Aktiviti Seri Siantan


Aktivis sejarah Seri menanti, Abg Shukor sedang menceritakan
Lesung Jumbang versi beliau.



Majlis Pengkisahan yang dipengerusikan oleh
Dr Haji Muhammad Pauzi bin Abd Latif, dari UPM

Pada 24 Mac, 2011 telah diadakan Majlis Pengkisahan Lesung Jumbang di Seri Siantan, dengan kerjasama pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan, yang diwakili sendiri oleh pengarahnya, Drs Shamsuddin Ahmad. Inilah majlis pertama seumpamanya yang diadakan di Luak Gunung Pasir. Majlis ini berlangsung dengan jayanya dan telah menjemput masyarakat sekitar serta aktivis sejarah, bagi menceritakan versi mereka tentang Lesung Jumbang. Majlis ini berjaya merungkai banyak teka-teki yang belum terjawab selama ini. Ia bakal menjadi satu penemuan terhebat di Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Penggambaran dokumentari oleh Cuplex Communication

Kami di Seri Seri Siantan berbesar hati menerima Encik Suhaimi dan krew penggambarannya dari Cuplex Communication tinggal di sini dan membuat penggambaran tapak bersejarah yang kami temui dan juga membuat penggambaran Pengkisahan Lesung Batu Kampung Jumbang pada 24 Mac, 2011.

Saturday, March 5, 2011

Ekspedisi Seri Siantan Menjejak Sejarah Silam


Team Ekspedisi Menjejak Warisan Sejarah


Ekspedisi 2, bersama-sama dengan
Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Haji Ibrahim bin Hassan
dan Pengarah Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsudin Ahmad

 
Ekspedisi 3, bersama-sama dengan YBhg Dato' Mohammad Razi bin Kail,
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Negeri Sembilan

Ekspedisi Seri Siantan menjejaki sejarah silam di sekitar hutan Gunung Pasir bermula di Kampung Jumbang, menyusuri Sungai Jumbang. Ekspedisi ini amat signifikan sekali kerana ia melibatkan aktivis sejarah kampung Gunung Pasir, Merual, Bukit Tempurong dan Seri Menanti. yang sanggup menyusuri sungai Jumbang dan meredah hutan belantara demi menjejak sejarah silam. Kami akhirnya berjaya menemukan bukti kewujudan penempatan zaman silam, yang pastinya dihuni oleh sekelompok manusia yang begitu hebat tamadunnya.


Lesung batu. Anak lesung yang juga diperbuat daripada
batu dipercayai tertimbus di dalam pasir

Kesan tapak kaki kanan manusia yang terbenam di atas batu
yang terbelah dua

Batu hampar yang mungkin bertujuan untuk menunaikan solat
kerana terdapat tempat mengambil air sembahyang yang terletak
di bawah batu hampar ini

Pemandangan penempatan manusia purba yang terletak di tengah
aliran air Sungai Jumbang