Masjid Tanjung Sembeling berwajah baru selepas lebih 100 tahun |
Masjid lama kampung Tanjung Sembeling kini telah siap dipasang dan dibina semula. Kerja pemasangan adalah mengikut struktur asal masjid. Pengubahsuaian minimum hanya kepada penambahan kasau dan kasau lintang pada masjid serta sesiku bagi alang utama, bagi menampung berat genting lama Perancis. Masjid lama ini mampu menampung kira-kira 40 orang jemaah dalam satu masa dan akan menjadi tempat beribadat kami sekeluarga dan dibuka kepada masyarakat setempat serta pelawat yang ingin mengimarahkan lagi masjid lama ini.
Keadaan asal masjid sebelum dipindahkan ke SERI SIANTAN |