Ketenangan desa digamit dengan suasana riang, riuh rendah, kedatangan siswazah Master Komunikasi Korporat, UPM, ke SERI SIANTAN. Mereka menjengah suasana desa permai, yang menjanjikan seribu kedamaian dan ketenangan, melarikan diri daripada hiruk pikuk kota metropolitan. Aktiviti menangkap udang galah, mandi jeram, BBQ udang galah segar hasil tangkapan mereka, mengisi ruang masa mereka di SERI SIANTAN. Masa berlalu begitu pantas tanpa disedari. Terhibur hati mereka seketika, terlupa akan tugas menanti. Pulangnya mereka, meninggalkan SERI SIANTAN, meninggalkan seribu kenangan indah. Pastinya terasa. Semoga kenangan indah yang terlakar di SERI SIANTAN akan sentiasa bermain di hati mereka. SERI SIANTAN akan sentiasa menanti kehadiran mereka dengan tangan terbuka.
Saturday, June 26, 2010
Rumah Sikai
Rumah Sikai merupakan projek restorasi rumah tradisional Negeri Sembilan ke 3, SERI SIANTAN. Rumah lama ini juga seperti rumah-rumah lama lain, menanti masa untuk menyembah bumi. Rumah ini dibeli daripada Puan Sharipah bt Kolan, Kampung Sikai. Rumah ini diwarisi daripada ibu saudaranya, Timah bt Lidon. Apa yang menarik mengenai rumah ini, tiangnya berdiri kukuh, walaupun meniti zaman. Untuk merealisasikan impian menjadi rumah tradisional seperti seadanya sekarang, sebuah rumah lama tradisional di Kampung Bukit telah dibeli. Gandingan mantap dua buah rumah ini, maka terhasillah Rumah Sikai. Rumah ini dibina dengan penuh cetusan idea dan kreativiti tukang dari Jawa, Wak Ashuri, dibantu anaknya Afif. Tekun, berhati-hati, penuh kesabaran serta peka dengan nilai estetika rumah tradisional Melayu, membuahkan hasil yang amat memuaskan hati, sesiapa saja yang melihatnya. Projek restorasi siap sepenuhnya pada 13 Februari 2010. Mempunyai 2 bilik berasingan yang boleh menempatkan 5-10 orang pada satu masa.
Rumah Baruh
Pandangan sisi rumah baruh, sebelum dan selepas projek restorasi nya. Kerja-kerja restorasi ini melibatkan kerja-kerja penggantian kayu, bumbung, simen dan pendawaian elektrik. Kerja-kerja restorasi ini dimulakan pada bulan Mac, 2009. Projek restorasi rumah ini siap sepenuhnya bulan Februari, 2010. Kontraktor yang terlibat adalah tukang setia ku, Ah Leng dengan pengikut-pengikutnya. Kerja restorasi ini amat rumit sekali dan penuh dengan cabaran kerana ada pekerja-pekerja Ah Leng yang cedera sewaktu menjalankan tugas mereka. Namun mereka tidak mengalah dan meneruskan kerja mereka sehinggalah selesai projek ini. Rumah Baruh boleh menampung sekitar 15-20 orang, pada satu masa.
Rumah Darat
Rumah Terbuka Aidil Fitri Seri Siantan 1430 H
Subscribe to:
Posts (Atom)