Tuesday, March 19, 2013

Pemuliharaan Rumah Lama Dato’ Raja Diwangsa, Orang Empat Istana Seri Menanti


 
Rumah di lokasi asal, Kampung Merual, Seri Menanti, Negeri Sembilan
 
Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, telah mengorak langkah dengan mengambil inisiatif memindahkan rumah Dato’ Raja Diwangsa, Muhammad Yunus bin Jabar, Orang Empat Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan ke Muzium Warisan Melayu, UPM. Ia bagi tujuan pemuliharaan semula rumah ini yang uzur akibat dimamah usia. Rumah ini telah diserahkan secara resminya kepada pihak muzium oleh Puan Darwinsyah bt Muhammad Yunus.

Rumah ini nanti akan dimanfaatkan oleh para ahli akademik dan pelajar UPM bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Ia juga dijangka akan menjadi tarikan pelancung ke muzium ini. Rumah ini amat menarik senibinanya, mempunyai nilai estetika yang tinggi serta catatan sejarahnya yang tidak ternilai.

Musnahnya Warisan Bangsa Melayu


Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan negeri yang terkenal dengan Adat Perpatihnya. Negeri ini juga tidak kurang hebat tamadun dan warisan sejarahnya, sama seperti negeri-negeri Melayu di Pantai Timur. Kesempatan menelusuri jejak warisan silam Melayu di negeri ini membuka minda dan penglihatan, warisan Melayu silam yang tidak ternilai musnah di depan mata, tanpa sebarang pembelaan.

cebisan manuskrip Melayu yang musnah
 
Amat malang sekali tiadanya kesedaran dan kurangnya pengetahuan tentang nilai sejarah, di kalangan masyarakat setempat menyebabkan warisan ini musnah begitu sahaja. Ditambah dengan sikap manusia yang tamak, rakus dan dendam yang tiada penyudahan menyebabkan warisan ini lenyap begitu sahaja. Malang sekali warisan bangsa ku !

Monday, September 17, 2012

Ukiran Melayu Negeri Sembilan Yang Pupus

Teknik ukiran kayu tebuk timbul dengan elemen keladi biak
pada bahagian atas pintu rumah induk
 
 
Seni ukiran yang terdapat pada rumah tradisional Melayu Negeri Sembilan amat menarik untuk diperhatikan. Motif dan elemen ukiran kayu mencerminkan kebijaksanaan orang Melayu kita dalam menghasilkan ukiran kayu yang berkualiti dan bermutu tinggi. Konservasi rumah Melayu memerlukan kos yang tinggi dan memerlukan komitmen. Kerjasama agensi kerajaan amat diharapkan agar saki baki ukiran kayu yang ada perlu diselamatkan. Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Timur, warisan seni ukir Melayu diperturunkan kepada generasi baru dan ada kesinambungan nya, tetapi di Negeri Sembilan, warisan seni ukir Melayu telah pupus dan ditelan zaman.

Wednesday, August 22, 2012

Aidil Fitri 2012 bersama Ahli Keluarga

Tahun ini merupakan kali pertama dapat bersama bersama seluruh ahli keluarga ku di Seri Siantan. Hari raya tahun ini juga kami anak beranak menerima kunjungan sanak saudara jauh dan dekat, sahabat-sahabat dan juga pelawat yang berkunjung melihat Seri Siantan dari dekat. Kami menerima mereka dengan hati yang senang. Hari raya pertama hingga ke tiga, kami menerima tetamu. Meriah sungguh tahun ini, Terima kasih kepada yang berkunjung ke Seri Siantan.

Seluruh ahli keluarga ku


Cuaca sungguh sejuk pagi ini, 21 darjah celcius




Wednesday, February 8, 2012

Magika Tawarikh Seri Menanti

Bergambar kenangan dengan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus DYMM Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang sudi mencemar duli melawat pameran Magika Tawarikh Seri Menanti

Bergambar kenangan dengan Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin Ibni Tunku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti, yang sudi mencemar duli melawat pameran Magika Tawarikh Seri Menanti.


TUNKU BESAR SERI MENANTI DI SERI SIANTAN


Tunku Besar Seri Menanti dan Adindanya, Tunku Zain kagum dengan
senibina Masjid Tg.Sembilang
Berehat di Cafe Seri Siantan
Memberi taklimat mengenai projek sawah padi dan kolam ikan di
Seri Siantan

 Tetamu menjamu selera di Seri Siantan

Khemah jemputan di Seri Siantan


Terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan orang perseorangan yang terlibat dalam Ekspedisi Tunku Besar ke Bukit Tunggal - Seri Siantan

 






Wednesday, December 21, 2011

Pelajar-Pelajar IPTA dan IPTS berkampung di Seri Siantan

Pelajar-pelajar Senibina Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kota Bharu bergambar kenangan setelah bermukim selama 5 hari 4 malam di Seri Siantan. Mereka menjalankan kajian tentang senibina rumah tradisional Negeri Sembilan


Bergambar kenangan dengan pelajar-pelajar UPM yang mengambil kursus fotografi Pak Ngah (Ishak Ab.Hamid) di Seri Siantan, sebelum memulakan pendakian ke Bukit Datuk. Turut serta bergambar ialah sahabat-sahabat Seri Siantan (duduk) yang menjadi penunjuk arah kepada pelajar-pelajar yang terlibat.


Siswa dan siswi Fakulti Senireka & Senibina UiTM, telah berkampung di Seri Siantan selama 5 hari 4 malam. Mereka melakukan kajian di sekitar kawasan Seri Menanti. Bergambar kenangan dengan siswi UiTM sebelum memulakan pendakian ke Bukit Datuk, bagi melihat tinggalan sejarah.